SEJARAH PKGSS



SEJARAH PENUBUHAN PKG SUNGAI SIPUT


§  Pusat Kegiatan Guru  Sungai Siput  merupakan salah sebuah daripada 50  buah PKG tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terdapat di Negeri Perak.

§  PKG Sungai Siput  terletak di dalam kawasan  SK Sungai Siput (U) dalam Daerah Kuala Kangsar.

§  Telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Asiah binti Abu Samah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 5 hb September 1992 di PKG Bota.

§  Penyelaras PKG Sungai Siput bermula dengan Encik Mohamed Shafie bin Osaman, Encik Salleh bin Abdul Rahman, Encik Muhammad Faisal bin Mustapa, Encik Abdul Raauf bin Dimin, Encik Ahmad Yusri bin Mohamed Shahrehan dan sekarang adalah Encik Halilur Rahman bin Shahul Hameed.

§   Bermula I Julai 2005 jawatan Penyelaras PKG telah bertukar kepada gelaran jawatan  Pegawai Teknologi Pendidikan PKG.

§  4 orang pegawai ditempatkan di PKG iaitu 2 orang Pegawai masing-masing ialah PTP1(Ketua PKG) DG41/42(KUP) dan PTP2 DG41/42(KUP), seorang Pembantu Tadbir gred N17 dan seorang Juruteknik Komputer  gred FT17.

§  Juruteknik Komputer (FT17) mula ditempatkan di PKG pada awal tahun 2009. 

§  Terdapat 38 buah sekolah setempat yang menjadi ahli PKG iaitu 7 buah Sekolah Menengah dan 31 buah Sekolah Rendah.  

No comments:

Post a Comment